Search This Blog

Thursday 17 March 2011

Kesan Radiasi Nuklear Terhadap Manusia

Sekarang ni semua orang kat dunia ni dah kecoh pasal loji nuklear di fukumi Jepun yang dah meletup tu. Jadi, ia menimbulkan banyak kebimbangan bukan sahaja di Jepun bahkan di negara yang berdekatan dengan negara Jepun yang mana kesan dari letupan loji nuklear tersebut akan menghasilkan radiasi yang sangat merbahaya kepada manusia.


Ermm...kalau kat Malaysia ni, tak tahulah samada kesan radiasi tu sampai kat sini atau tak. Semalam pun aku dapat mesej dari nombor yang tak dikenali yang menyarankan jangan keluar rumah sekiranya hujan. Dibimbangi akan memberi kesan merbahaya kepada kulit kita jika terkena air hujan. huhu. Lepas ni tak boleh lah aku main hujan lagi. Apa-apa pun, jom kita tengok dulu apa kesan radiasi nuklear ni kepada manusia.

ni antara kesan radiasi nuklear kepada manusia:

  • Pendedahan radiasi berukuran 100 Rems akan merosakkan sistem peredaran darah menyebabkan sel limfosit darah akan berkurangan. Simptom awal selesema.
  • Pendedahan kepada radiasi berukuran 200 Rems ke atas menyebabkan keguguran rambut dengan cepat, kerosakan saluran usus yang mengakibatkan mual, muntah dan cirit-birit. Pada kekuatan ini, radiasi boleh menyebabkan kerosakan saluran peranakan.
  • Radiasi nuklear berukuran 1,000 hingga 5,000 Rems mengakibatkan kerosakan kepada pembuluh darah dan boleh menyebabkan jantung gagal berfungsi dan kematian.
  • Pendedahan langsung kepada radiasi berukuran lebih 5,000 Rems akan menyebabkan sel otak rosak, selain membunuh sel saraf dan merosakkan pembuluh darah dalam jantung.
  • Dalam jumlah tertentu, iodin radioaktif boleh merosakkan sebahagian atau seluruh bahagian kelenjar tiroid yang mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia.
  • Menurut data kesan pengeboman bom atom di Nagasaki dan Hiroshima menunjukkan mangsa cuma bertahan selama 10 tahun dan berdepan risiko jangka panjang seperti leukemia dan barah limfoma.
                                                                                                                                  sumber: berita harian

lagi satu, siapa-siapa yang dapat SMS kesan radiasi jangan terus percaya SMS tersebut sebab TPM kata SMS tersebut merupakan kegiatan yang tidak bertanggung jawab. Ni artikel yang aku petik dari kosmo..

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya Malaysia juga terdedah kepada bahaya kesan radiasi akibat kebocoran loji janakuasa nuklear Fakushima Daiichi di Jepun.
Menyifatkan penyebaran SMS itu sebagai tidak bertanggungjawab, Muhyiddin berkata, Malaysia selamat daripada sebarang ancaman dengan agensi terbabit sentiasa memantau perkembangan di Jepun dan di negara ini.
Justeru beliau meminta orang ramai supaya tidak terpedaya atau panik sebelum meneliti kesahihan maklumat tersebut.
“SMS itu dikeluarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Jangan kita mudah menerima apa sahaja yang dilaporkan itu dengan tidak menyemak.
“Jangan kita timbulkan kebimbangan yang agak luar biasa, walaupun berlaku di Jepun tetapi sehingga orang ramai rasa takut untuk mengurus atau buat kerja seperti biasa,” katanya kepada pemberita selepas majlis Perasmian Penutupan Program Keluarga 1Malaysia, anjuran Kementerian Pelajaran, di sini semalam.
“Semua negara di dunia memantau dan meneliti perkembangan di Jepun. Yang penting ialah soal keselamatan negara dan rakyat. Jadi dalam soal ini kita ada agensi yang bertanggungjawab. Mereka tahu apa yang mereka lakukan dan kita yakin mereka melaksanakan yang terbaik,” katanya.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui kelmarin dilaporkan berkata, Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) akan memberi penjelasan dalam tempoh terdekat mengenai impak letupan dan kebocoran radiasi di loji di Jepun itu.
                                                                                                                                               Sumber: Kosmo


    No comments:

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...