Search This Blog

Sunday 20 March 2011

Fakta Menarik Tentang Kereta F1



  1. Kereta lumba F1 terdiri daripada 80, 000 komponen. Jika pemasangannya hanya 99.9 peratus betul, bermakna kereta itu akan bermula dengan kesilapan pada 80 bahagian.
  2. Ketika kereta F1 membrek, pemandunya akan mengalami tekanan seperti kereta itu akan melanggar dinding pada kelajuan 300 km sejam.
  3. Kereta F1 boleh memecut dari kelajuan 0 kilometer ke 160 km sejam dalam masa empat saat sahaja.
  4. Enjin F1 biasanya hanya boleh bertahan dua jam perlumbaan sahaja sebelum ia terbakar, kereta biasa sampai 20 tahun.
  5. Purata pemandu F1 akan kehilangan berat empat kilogram selepas setiap perlumbaan kesan daripada tekanan G (G Force) dan suhu sepanjang perlumbaan.
  6. Dengan berat hanya 550 kilogram, kereta F1 hanya separuh daripada berat sebuah kereta Mini.
  7. Rekaan aerodinamik sangat penting pada kereta F1 untuk memberikan tekanan ke bawah sepanjang perlumbaan. Sebuah kapal terbang kecil boleh berlepas pada kelajuan yang lebih rendah daripada kereta F1.
  8. Tanpa tekanan aerodinamik, kereta F1 boleh hilang kawalan dan akan berputar pada kelajuan 160 km sejam, sedangkan ketika perlumbaan ia bergerak pada kelajuan 300 km sejam.
  9. Bagi perlumbaan di jalan biasa seperti di Grand Prix Monaco, tekanan yang dihasilkan untuk memastikan kereta F1 terus melekat di permukaan jalan boleh boleh mencabut penutup lubang saluran kumbahan.
  10. Pengisian semula minyak F1 ialah sebanyak 12 liter sesaat. Ini bermakna ia hanya memerlukan empat saat untuk mengisi purata 50 liter dalam kereta biasa.
  11. Krew hentian pit F1 boleh mengisi minyak dan menukar tayar sekitar tiga saat.
  12. Sepanjang perlumbaan, tayar juga akan kehilangan berat. Biasanya ia hilang 0.5 kilogram disebabkan haus akibat geseran.
  13. Tayar biasa boleh bertahan antara 60,000 hingga 100,000 km. Tetapi tayar F1 hanya 90 hingga 120 km.
  14. Dalam cuaca kering, tayar F1 berada pada prestasi terbaik (daripada segi cengkaman) apabila bacaan suhunya mencecah antara 900 darjah selsius dan 1200 darjah selsius ketika kelajuan maksuimum.
  15. Pada kelajuan maksimum, tayar F1 berputar 50 kali sesaat.
  16. Itu keajaiban yang berlaku pada kereta F1 ketika berlumba. Ia di luar imaginasi manusia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...