Search This Blog

Sunday 12 June 2011

Di Sebalik Kenaikan Kadar Elektrik

Bagaimana ianya akan mempengaruhi anda? Adakah semakan kadar baru ini perlu? Tidak boleh menggunakan pemanas air lagi untuk mandi? Atau bagaimana pula membiarkan pendingin hawa di dalam bilik berjam lamanya? Aku mungkin tidak mempunyai segala jawapan, namun aku akan mencuba sebaik mungkin untuk memberikan informasi yang relevan mengenai semakan kadar elektrik yang baru.

Pertama sekali tontonlah video ini......

Rasional di sebalik kenaikan..................
Mengapa perlu semakan kadar elektrik sedia ada? Mengapa sekarang?

Ini adalah kerana peningkatan kos tenaga yang semakin ketara.

Menjelang 1 Jun 2011, TNB menanggung kos gas asli pada kadar RM13.70/mmBTU*. Peningkatan sebanyak 28 peratus berbanding harga semasa iaitu RM10.70/mmBTU*, berdasarkan keputusan kerajaan untuk menyemak mekanisme harga gas asli yang mencerminkan harga pasaran. Penyemakan akan dibuat setiap enam bulan.

Disebabkan peningkatan gas asli, bil TNB juga akan meningkat kepada lebih kurang RM1.5 bilion setahun.

Harga arang batu, yang menyumbang kepada 48.3 peratus kos tenaga oleh TNB juga telah meningkat. Arang batu kini dijual pada US $120 per tan berbanding US $85 per tan pada 2009.

Pada masa yang sama, harga arang batu juga telah meningkat.

Tarif baru ini dirangka berdasarkan harga arang batu pada US$85/tan CIF pada semakan Mac 2009. Sejak dari itu, purata harga arang batu telah meningkat sehingga US$120/tan CIF baru-baru ini.

Semakan tarif ini juga dilaksanakan bagi menampung sebahagian daripada peningkatan kos pembekalan elektrik sejak 2006. Peningkatan jumlah modal, peralatan dan perbelanjaan bahan mentah serta pembangunan infrastruktur penyediaan elektrik telah mengakibatkan keadaan semakin meruncing.

Semakan kadar elektrik perlu bagi mencerminkan kos-kos yang semakin meningkat ini.

Namun begitu, semakan kadar baru ini disusun secara teliti agar tidak menjejaskan pengguna yang kurang mampu dan berpendapatan rendah. Majoriti rakyat Malaysia (75% daripada jumlah penduduk) tidak akan mengalami pertukaran kadar elektrik.

Bil Elektrik Baru Anda......

Bermula 1 Jun 2011, kadar purata elektrik untuk pengguna domestik akan meningkat sebanyak 4.52%.
Pengguna domestik yang mengguna di antara 1 hingga 300 kWh sebulan tidak akan terjejas dengan tarif baru. Mereka masih menikmati kadar subsidi 21.8 sen/kWh. Kadar elektrik ini tidak bertukar sejak 1997. Ini merangkumi kesemua 200,000 isi rumah miskin di Malaysia.
Kesan Terhadap Bil Pengguna Domestik
Tahap Penggunaan (kWh/sebulan)
Bil Sekarang (RM/sebulan)
Bil Baru (RM/sebulan)
Peningkatan (RM)
0 - 200
0 - 43.60
0 - 43.60
0
201 - 300
43.93 - 77.00
43.93 - 77.00
0
301 - 400
77.33 - 110.40
77.40 - 117.00
0.07 - 6.60
401 - 600
114.69 - 180.80
117.40 - 198.80
2.72 - 18.00
601 - 800
181.19 - 259.20
199.23 - 285.10
18.04 - 25.90
801 - 1000
259.62 - 345.50
285.55 - 375.80
25.94 - 30.30
> 1000
345.95 dan atas
376.25 dan atas
> 30.30


Tarif A - Tarif Domestik
Unit
Kadar Baru
Untuk penggunaan 200 kWh pertama (1-200 kWh) sebulan
sen/kWh
21.8
Untuk penggunaan 100 kWh seterusnya (201-300 kWh) sebulan
sen/kWh
33.4
Untuk penggunaan 100 kWh seterusnya (301-400 kWh) sebulan
sen/kWh
40.0
Untuk penggunaan 100 kWh seterusnya (401-500 kWh) sebulan
sen/kWh
40.2
Untuk penggunaan 100 kWh seterusnya (501-600 kWh) sebulan
sen/kWh
41.6
Untuk penggunaan 100 kWh seterusnya (601-700 kWh) sebulan
sen/kWh
42.6
Untuk penggunaan 100 kWh seterusnya (701-800 kWh) sebulan
sen/kWh
43.7
Untuk penggunaan 100 kWh seterusnya (801-900 kWh) sebulan
sen/kWh
45.3
Untuk penggunaan 100 kWh seterusnya (901 kWh onwards) sebulan
Kadar minima sebulan ialah RM3.00
sen/kWh
45.4


Petua Penjimatan Tenaga................
Rumah yang berkecekapan tenaga adalah salah satu cara bagi mengurangkan perbelanjaan bil elektrik anda. Ianya adalah salah satu cara yang paling mudah bagi mengurangkan kesan penggunaan elektrik berlebihan terhadap alam sekitar.
Berikut adalah cara-cara bagaimana anda dapat membantu mengurangkan penggunaan tenaga dan perbelanjaan bil elektrik anda.
Padamkan peralatan elektrik atau lampu, jika tidak digunakan
Jika anda tidak menggunakan sebarang peralatan elektrik buat jangka masa yang panjang, sila padamkan dan cabut palamnya daripada suis. Peralatan yang berada dalam mod siap sedia atau pengecas bateri yang dipasang masih menggunakan sejumlah tenaga yang kecil.
Gunakan lampu neon berkecekapan tenaga
Gunakanlah lampu neon atau floresen kerana ianya menggunakan tenaga dua pertiga kurang daripada lampu pijar dan dapat bertahan enam hingga 10 kali lebih lama. Lampu ini juga kurang menghasilkan haba.
Gunakan mentol watt lebih rendah
Daripada menggunakan mentol 100-watt, anda mungkin memerlukan hanya mentol 60 watt untuk beberapa bilik dan ruang di rumah anda.
Gunakan peti sejuk anda dengan bijak
Biarkan makanan yang dimasak sejuk terlebih dahulu sebelum menyimpannya ke dalam peti sejuk dan rancang simpanan makanan dan bahan mentah anda dengan bijak dan efisien kerana peti sejuk yang terlebih muatan akan menggunakan lebih banyak tenaga. Juga pastikan peti sejuk ditempatkan sekurang-kurangnya 4 inci daripada dinding untuk mengelakkan motor peti sejuk anda rosak.
Optimumkan penggunaan mesin basuh anda
Basuh pakaian anda menggunakan air paip biasa dan basuhlah dalam kuantiti yang banyak. Apabila anda ingin membasuh sedikit pakaian, pilihlah tetapan yang bersesuaian dengan kuantiti pakaian anda pada mesin basuh. Cuba jemur pakaian anda seperti biasa daripada menggunakan mesin pengering yang tidak cekap tenaga.
Selenggara unit pendingin hawa anda
Bersihkan penapis udara pada pendingin hawa anda kerana penapis yang terlalu kotor menggunakan lebih banyak tenaga untuk beroperasi. Tetapkan suhu pendingin hawa di antara 22 hingga 26 darjah Celsius untuk keselesaan yang optimum.
Sejukkan rumah anda dengan mengurangkan haba dalaman
Selain daripada memadamkan peralatan elektrik mahupun lampu yang tidak digunakan, anda juga boleh menggunakan langsir bagi menapis sinaran matahari secara langsung ke dalam rumah anda. Apabila memasak, pastikan pengaliran udara dengan betul agar haba tidak mengalir ke ruang lain di rumah anda.
Ganti peralatan elektrik yang lama
Peralatan elektrik yang baru menggunakan kurang tenaga berbanding yang lama. Sebagai contoh, peti sejuk yand berada di pasaran kini menggunakan kurang 40 peratus tenaga berbanding model peti sejuk 10 tahun dahulu.
Semak Kecekapan Tenaga pada Peralatan Elektrik
Jika anda merancang untuk membeli peti sejuk baru, pastikan anda membuat perbandingan kecekapan tenaga pada model-model peti sejuk pilihan anda. Penilaian Kecekapan Tenaga diperkenalkan oleh Suruhanjaya Tenaga pada 2005, bertujuan memberikan informasi kepada pengguna dengan menggunakan sistem kedudukan melalui bintang berdasarkan kecekapan tenaga sesuatu model peralatan elektrik tersebut. Ianya dinilai dengan satu bintang bagi tidak cekap sehingga lima bintang bagi paling cekap tenaga.

Pilih 'Star Energy'
Begitu juga ketika memilih komputer atau peralatan komputer, anda boleh memilih jenama dan model yang memaparkan logo Star Energy. Peralatan ini telah memenuhi garis panduan kecekapan tenaga yang telah ditetapkan oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar dan Jabatan Tenaga Amerika Syarikat.

P/S: Kita sebagai pengguna, kita yang mengawal penggunaan tenaga elektrik. Jadi, jimatlah penggunaan elektrik jika tidak mahu bil elektrik naik..

2 comments:

  1. thanks uk info dan petua ini...=)

    rajin singgah sini..


    http://thelazy-ism.blogspot.com/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...